Pencemaran bahan kimia boleh merusakkan tubuh badan melalui:
Inhalasi
- Merupakan cara kemasukan yang signifikan berbanding yang lain. Kimia dalam pelbagai bentuk seperti titisan, gas, wap, kabus akan memasuki alveoli paru-paru dan tersebar ke seluruh organ melalui sistem peredaran darah.
Resapan kulit dan lapisan membrane
- Kimia dalam bentuk pepejal, cecair, wap, aerosol atau wasap boleh memasuki badan melalui resapan pada kulit. Resapan pada kulit juga dipanggil sebagai pendedahan dermal. Contoh phenol, aniline, nitrobenzene.
Resapan melalui mata
- Kimia dalam bentuk cecair, wap, gas, aerosol dan kabus boleh memasuki mata. Pelarut seperti toluene boleh menembusi lapisan luar mata dan menjalar ke dalam salur mata darah.
Resapan melalui transplasental
- Fetus mendapat pendedahan kimia melalui pemindahan transplasental. Kimia tersebut dipindahkan melalui saluran darah ibunya.
Termakan/minum
- Kemasukan melalui cara ini bukan merupakan kaedah utama. Ianya selalu dikaitkan dengan tidak mengamalkan kebersihan diri. Makan makanan dengan tangan yang tidak dibasuh selepas mengendalikan bahan kimia.
Antara simptom-simptom jika terhidu bahan kimia
- Sakit mata
- Sakit tekak
- Sakit dada
- Sesak nafas
Langkah keselamatan
- Gunakan sumber air yang dirawat
- Mandi selepas pulang ke rumah
- Basuh pakaian yang digunakan ke luar rumah secara berasingan
- Elakkan dari memasuki dan berada di kawasan kejadian
- Hubungi pihak berkuasa jika masih terhidu bau kimia
- Jangan mandi di sungai.
Kategori risiko pendedahan bahan kimia
NO |
KATEGORI RISIKO |
KETERANGAN |
1 |
Akut |
Pendedahan bahan kimia toksik pada dos tinggi dengan faktor masa pendek. Akan mengakibatkan kesan segera seperti iritasi kulit |
2 |
Kronik |
Pendedahan berterusan/berulang bahan kimia toksik pada dos rendah, akan menyebabkan jangkitan seperti penyakit tibi. |
3 |
Sementara |
Kesan kesihatan akan hilang apabila pendedahan terhenti |
4 |
Kekal |
Kesan akan berkekalan walaupun pendedahan kepada bahan kimia terhenti. |
5 |
Setempat |
Bahan kimia memberi kesan kepada kawasan bahan itu memasuki badan. |
6 |
Sistemik |
Bahan kimia memasuki badan, diserap dan diedarkan ke pelbagai organ di dalam badan. |
Kesan bahan kimia terhadap kesihatan
KESAN |
KETERANGAN |
CONTOH |
Irititan |
Bahan kimia menghasilkan iritasi/inflamasi setempat ke atas kulit, mata hidung atau tisu sistem pernafasan. Kesan selalunya sementara. |
Nitrogen oxides, sulfur dioksida, formaldehyde |
Sensitizer |
Bahan kimia mengakibatkan tindak balas alergik. Kesan bergantung kepada kerentanan mangsa. |
Toluene di-isocyanate, nikel atau kromium kompaun |
Korosif |
Bahan kimia merosakkan tisu. Ramuan kimia yang mempunyai pH kurang dari 3 (asidik) atau lebih dari 13 (alkali) adalah menghakis. |
Asid sulfurik, sodium hidroksida |
Hepatotoxin |
Bahan kimia merosakkan hati. |
Karbon tetraklorid, kloroform |
Nepthrotoxin |
Bahan kimia merosakkan buah pinggang. |
Hidrokarbon berhalogen, lead, uranium, kadmium |
Neurotoksin |
Bahan kimia merosakkan sistem saraf pusat. |
Merkuri, karbon disulfida |
Narkotik |
Bahan kimia yang memberi kesan kepada sistem saraf pusat yang menjurus kepada maut. |
Asetone, xylene, kloroform, ethyl ether |
Karsinogen |
Bahan kimia yang menyebabkan kanser. |
Asbestos, arsenik, benzena |
Mutagen |
Bahan kimia yang menyebabkan kerosakan kekal pada sel DNA. |
Dioxin, merkuri, kloroprene, radiasi mengion. |
Teratogen |
Bahan kimia yang menyebabkan kecacatan kepada kelahiran dengan cara merosakkan janin semasa ia membesar di dalam rahim, terutamanya trimester pertama (3 bulan pertama). |
Plumbum, formamides, metil merkuri |
Asphyxiation |
Bahan kimia yang mengganggu tisu menyerap oksigen. |
Karbon dioksida, nitrogen, helium, karbon monoksida, hidrogen sianida |
Talian kecemasan yang boleh dihubungi bagi melaporkan sebarang kecemasan berkaitan bahan kimia:
- Jabatan Alam Sekitar, Perlis – 04 979 3100
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kangar – 04 976 0544
- Hospital Tunku Fauziah, Perlis - 04 973 8000
Sumber
Public health Malaysia (March, 2019)
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/
Kementerian Kesihatan Malaysia (March, 2016)
http://www.myhealth.gov.my/ketahui-risiko-ketika-menggunakan-racun-kimia/