KURSUS PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL

  • Pengurusan Buangan Terjadual merupakan sebahagian dari sistem pengurusan dalam sesebuah organisasi yang meliputi:

    1. Polisi pengurusan buangan terjadual dalam sebuah organisasi.
    2. Proses perancangan bagi pengurusan buangan terjadual.
    3. Merupakan tanggungjawab bagi setiap individu yang terlibat dengan pengurusan buangan terjadual.
    4. Merangkumi pembangunan, pelaksanaan, penilaian semula dan pemurnian setiap prosedur kerja dan pengurusan sumber bagi memenuhi keperluan akta.

    Pengurusan buangan terjadual merupakan satu kerangka yang dibangunkan bertujuan untuk mengendali, menyimpan, melapor pengeluaran serta pelupusan buangan terjadual secara lebih sistematik dan memenuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual, 2005). Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada peserta melaui langkah-langkah bagi membangunkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

    Di akhir kursus, peserta akan dapat mengetahui pendekatan yang mudah dalam menguruskan buangan terjadual serta dapat menguruskan buangan terjadual serta dapat menguruskan risiko yang berkaitan pengendalian sisa buangan terjadual dengan lebih berkesan.

    1. Mengenalpasti hazard, menganalisis dan menaksir risiko yang berkaitan pengendalian sisa Buangan Terjadual.
    2. Menjelaskan kepada peserta cara menguruskan kaedah pengendalian, penyimpanan, pelaporan dan pelupusan sisa Buangan Terjadual berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual, 2005).
    3. Untuk memberi kompetensi kepada peserta (Pengurus Buangan Terjadual).
    1. Pengenalan Pengurusan Buangan Terjadual.
    2. Peranan dan tanggungjawab.
    3. Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
    4. Pelan Pembangunan
    5. Program Pelupusan Buangan Terjadual (pengendalian, penyimpanan, pelaporan)
    6. Audit dan pemantauan
  • Durasi Kursus
    12 Jam - 12 CPD
  • Peringkat
  • Mod Pengajaran
  • Tarikh Kursus

Hubungi Kami

qxif-envelope

+60172195157

Available form 9.00 am - 5.00 pm
Emel : oshtraining@unimap.edu.my
Alamat : Blok A Bangunan Pusat Latihan Kejuruteraan Kampus Pauh Putra

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image