a. Tindakan pengungsian bangunan apabila mendengar loceng amaran.
- Hentikan semua kerja serta-merta
- Pastikan keselamatan kawasan kerja sebelum meninggalkan tempat.
Contoh: Tutup laci dan kabinet, tutup suis perkakas elektrik, tutup pintu dan lain-lain - Selamatkan diri anda melalui tangga/pintu yang berhampiran atau yang ditetapkan.
- Maklumkan kepada penghuni lain dan bantu pelawat-pelawat keluar dari premis.
- Segera keluar ke tempat berkumpul dan tunggu di situ hingga selanjutnya.
Peringatan :
Jika anda tidak ada di tempat kerja apabila loceng amaran berbunyi, jangan sesekali kembali untuk mengambil barang-barang anda. Ini mungkin akan mengugat peluang anda untuk melepaskan diri.
b. Tindakan yang perlu dilakukan semasa kecemasan / kebakaran.
- Bertindak segera ! aktifkan loceng kecemasan dan jerita Api ! Api ! Api !
- Cuba menyelamatkan mangsa yang cedera dan elakkan diri daripada terdedah kepada asap dan wap.
- Utamakan keselamatan diri anda.
- Padam kebakaran jika keadaan mengizinkan dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai.
- Jangan cuba memadamkan kebakaran bersendirian.
- Jika anda tidak terlatih dalam menentang kebakaran, keluar segera dan tutup pintu.
- Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dail 999 dan Jabatan Keselamatan UniMAP, 04-979 8181 serta beritahu Pegawai Insiden bangunan anda.
- Jika terperangkap dalam asap, jangan berlari; cuba merangkak di paling rendah dengan muka menghala ke bawah dan keluar.
- Jangan cuba masuk ke bangunan semula setelah meninggalkannya.
- Jika kebakaran tidak mengancam :
a. Hentikan mesin
b. Tutup bekalan gas dan peralatan elektrik tetapi biarkan lampu.