Persediaan menghadapi musim banjir
- Sebelum
- Dapatkan maklumat tentang banjir di kawasan anda melalui hebahan radio, TV, Bilik Gerakan Banjir atau agensi-agensi yang terlibat.
- Kenalpasti lokasi Pusat Pemindahan atau Pusat Bantuan Bencana berdekatan.
- Sediakan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.
- Pastikan bekalan ubat dan peralatan kecemasan mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.
- Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu bayi, lampu suluh, beg pakaian sebelum diarah berpindah.
- Pastikan dokumen-dokumen penting disimpan dalam bekas kalis air dan di tempat yang selamat.
- Simpan nombor telefon yang penting seperti jiran, balai polis, hospital, balai bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.
- Pastikan haiwan peliharaan anda diletakkan di tempat yang selamat sebelum diarah berpindah.
- Pastikan keluarga anda dalam keadaan bersedia.
- Semasa
- Segera berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan jika menerima arahan demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih terok.
- Pastikan semua suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas ditutup sebelum meninggalkan rumah.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Ikut laluan perpindahan yang selamat dan ditentukan.
- Jangan mengharungi kawasan banjir.
- Jangan sentuh atau melalui kawasan yang terdapat kabel atau wayar yang terjatuh.
- Jangan minum atau menggunakan air yang tercemar untuk memasak.
- Jika kenderaan anda tersangkut di kawasan banjir, keluar dan kunci kenderaan serta segera ke tempat selamat.
- Selepas
- Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan berbuat demikian.
- Periksa keadaan paip gas, bekalan elektrik, tangki septik dan rumah untuk memastikan keadaannya selamat untuk didiami.
- Pastikan anda memakai kasut ketika memasuki rumah.
- Berhati-hati dengan binatang berbisa ketika memasuki rumah dan ketika mengalih barangan.
- Jika terdapat sebaang kerosakan harta benda awam, laporkan kepada pihak berkuasa.
- Jangan makan atau minum bekalan makanan yang terjejas akibat banjir.
- Minum air bersih yang telah dimasak sahaja.
- Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa penyediaan makanan atau memegang barang-barang yang terjejas akibat banjir.
Talian penting:
Jabatan Bomba & Penyelamat Perlis
Kangar 04-976 0544
Arau 04-986 4444
Kuala Perlis 04-985 5332
Padang Besar 04-949 0094
Polis Diraja Malaysia
Kangar 04-908 2222
Arau 04-986 8222
Kuala Perlis 04-985 4222
Padang Besar 04-949 0824
Simpang Empat 04-980 7222
Pondok Polis Pauh 04-986 1222
Hospital Tuanku Fauziah
Kangar 04-976 3333
APM
Kangar 04-976 2510
Arau 04-988 6200
TNB 04-976 9239