1. Pengenalan |
---|
Seringkali kita terdengar atau melihat sendiri begitu banyak insiden kecemasan seperti kebakaran berlaku yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit ada juga yang kehilangan nyawa. Tahukah kita bahawa ia masih boleh dikawal di peringkat awal? Amat penting kita mengetahui langkah-langkah persediaan dalam situasi kecemasan agar dapat mengurangkan kerugian, kerosakan dan menyelamatkan nyawa. |
2. Objektif |
Program ini dibentuk adalah untuk meningkatkan kefahaman persediaan kecemasan dengan teknik-teknik dan peralatan-peralatan terkini di dalam membantu membolehkan mereka melakukan tindakan pemadaman, pengungsian bangunan dan penyelamatan. Disamping itu untuk mewujudkan prosedur dan dokumentasi berkaitan tindakan kecemasan di tempat kerja. |
3. Kumpulan Sasaran |
Terbuka kepada Ahli Jawatankuasa Kecil Pasukan Penyelamat PTj. |
4. Kandungan Kursus |
Kursus ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan akan diadakan ceramah, latihan praktikal, ujian sebelum dan selepas kursus.
|
5. Tarikh & Tempat |
12 - 13 Mei 2016 / Bilik Seminar Za`ba UKKP |