Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa merekod kehadiran menggunakan thumbprint pada sistem
pengimbas biometrik sedia ada adalah DILARANG buat masa ini sebagai satu langkah
pencegahan penularan wabak COVID-19.
Sehubungan itu, pihak pengurusan UniMAP bersama Pusat Pengurusan dan Pembangunan
Digital telah menyediakan tiga (3) kaedah merekod kehadiran sebagai alternatif
menggantikan thumbprint seperti ketetapan berikut:
KAEDAH 1:
Merekod kehadiran menggunakan koordinat GPS melalui pautan https://id.unimap.edu.my
seperti di lokasi-lokasi di dalam Jadual 1 di bawah:
JADUAL 1 |
|
Pejabat |
Lokasi GPS* |
Pauh Putra |
1. Bangunan Canselori 18. Pejabat Bumita |
|
|
Kangar |
1. Bangunan KWSP |
Seriab |
1. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) |
Kubang Gajah |
1. Unit Komunikasi Korporat (UKK) |
Pengkalan Asam |
1. Unit Kebudayaan & Rekreasi (UKR) |
Wang Ulu |
1. Kolej Kediaman Wang Ulu |
Jejawi |
1. Pusat Pengajian Pembangunan Insan & Teknokomunikasi (iKOM) |
UniCITI |
1. Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) |
Simpang Empat |
1. Kolej Kediaman Simpang Empat |
Anjung |
1. Anjung UniMAP KL |
* Di kaunter pejabat masing-masing
KAEDAH 2:
Merekod kehadiran dengan login menggunakan Wifi UniMAP melalui pautan
https://id.unimap.edu.my seperti di lokasi-lokasi di dalam Jadual 2 di bawah:
JADUAL 2 |
|
Pejabat |
Lokasi Wifi |
Pauh Putra |
1. Bangunan Canselori 10. Pusat Islam |
|
|
Kangar |
1. Bangunan KWSP |
Seriab |
1. UKKP |
Kubang Gajah |
1. UKK |
Pengkalan Asam |
2. UKR |
Wang Ulu |
3. Kolej Kediaman Wang Ulu |
Jejawi |
1. iKOM |
UniCITI |
1. FTK |
Simpang Empat |
1. Kolej Kediaman Simpang Empat |
Anjung |
1. Anjung UniMAP KL |
KAEDAH 3:
Merekod kehadiran menggunakan Kad Staf pada sistem biometrik di lokasi-lokasi seperti di
dalam Jadual 3 di bawah:
JADUAL 3 |
|
Pejabat |
Lokasi sistem biometrik |
Pauh Putra |
1. Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital – Lobi Pejabat |
Kangar |
1. Jabatan Bendahari 2. Jabatan Pembangunan - Bangunan Hong Leong |
|
|
Seriab |
1. UKKP – Kawasan Pejabat |
Kubang Gajah |
1. UKK |
Jejawi |
1. iKOM – Kawasan Pejabat |
UniCITI |
1. FTK - Lokasi pejabat yang mempunyai imbasan sistem biometrik. |
Simpang Empat |
1. Lokasi pejabat yang mempunyai imbasan sistem biometrik. |
Staf adalah diingatkan untuk merekod kehadiran pada lokasi bertugas seperti yang
ditentukan oleh pengurusan Universiti sebelum ini. Setiap staf diharap dapat memelihara
integriti masing-masing, bertanggungjawab dan dapat menjalankan amanah yang diberikan
dengan sebaiknya.
Staf juga dinasihati agar sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan
penularan COVID-19 sepertimana yang digariskan.
Kaedah merekod kehadiran ini adalah berkuat kuasa mulai 16 Mac 2020 (Isnin) sehingga
tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Staf yang menghadapi masalah untuk merekod kehadiran bagi ketiga-tiga kaedah di atas
boleh menghubungi pihak Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital melalui aplikasi
whatsapp kepada En. Nasri - 017 4460373, dengan memberikan no. staf untuk tujuan
semakan.
Sekian, terima kasih.
PENDAFTAR
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
15 MAC 2020