Kursus Keselamatan Kebakaran

PENGENALAN

Kursus Keselamatan Kebakaran merupakan satu kursus yang memberi pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab Emergency Response Team (ERT) dalam menghadapi sebarang kecemasan yang melibatkan insiden kebakaran di tempat kerja. Kursus ini merupakan salah satu keperluan kepada Emergency Response Team (ERT) berhubung tatacara keselamatan fizikal/ bangunan sebelum melaksanakan latihan kebakaran/ pengungsian bangunan di UniMAP. Kursus bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kompetensi Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)/ ERT universiti berkenaan dalam aspek pencegahan dan menangani insiden kecemasan khususnya kebakaran berdasarkan keperluan perundangan seperti berikut:

Akta Bomba 1988 Akta 341 Seksyen 5(1): "Setiap premis atau bangunan yang sentiasa berurusan dengan orang ramai mesti merangka atau merancang satu pelan atau tatacara pengungsian bangunan secara tersusun".

Arahan Perkhidmatan, Bab 8 (1-3) Perkara 2: " Setiap jabatan/agensi mesti mengadakan latihan semasa ke semasa bagi kakitangan tentang cara mencegah kebakaran (penggunaan A.P.A) dan latihan menyelamatkan diri terutamanya dari bangunan tinggi".

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKK) ke-53 Bil.2/2022 telah memutuskan bersetuju kursus kompetensi ERT dijalankan secara berfasa (Lampiran 1). Tiga (3) kursus kompetensi ERT adalah Kursus Keselamatan Kebakaran, Pertolongan Cemas Asas (PCA) & Basic Life Support (BLS) yang melibatkan kumpulan sasaran iaitu ERT. Peningkatan kompetensi staf ini adalah selaras dengan hasrat dan usaha Universiti untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan kondusif kepada warga Universiti.

OBJEKTIF

Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk :

I. Melengkapkan staf dengan keperluan keselamatan kebakaran, pencegahan kebakaran serta langkah/ metodologi yang sesuai untuk bertindak balas terhadap kecemasan kebakaran selaras dengan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341].

II. Memberi pemahaman mengenai peranan ERT sebagai "Responden Pertama" dalam menguruskan kecemasan kebakaran, keselamatan kebakaran dan pencegahan kebakaran.

III. Mengenali pekerja dengan istilah kebakaran, sistem penggera kebakaran, klasifikasi kebakaran dan peralatan pemadam kebakaran.

IV. Pengetahuan mengenai cara kebakaran dan cara perlindungan termasuk jenis peralatan kebakaran yang harus digunakan untuk pelbagai kebakaran.

V. Panduan tentang prosedur pemindahan serta cara terbaik untuk mengukur pintu keluar paling selamat dan bagaimana untuk membantu individu yang terdedah dengan kecemasan. 

KANDUNGAN KURSUS

I. Pengenalan JBPM dan Akta 341

II. Asas Pencegahan Kebakaran (Aktif dan Pasif)

III. Pengungsian Bangunan 

IV. Terminologi Kebakaran 

V. Peranan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)/ERT

VI. Asas Perawatan Perubatan

VII. Tatacara Menyelamat Mangsa

VIII. Penggunaan Alat Pemadam Api

IX. Sesi Amali Memadamkan Kebakaran

X. Sesi Amali Memadamkan Kebal

KAEDAH KURSUS

I. Ceramah

II. Perbincangan

III.Latihan Praktikal


BUTIRAN KURSUS keselamatan kebakaran

TEMPOH KURSUS2 HARI
PERINGKAT KURSUSASAS
MOD KURSUSKELAS PENGAJARAN
LOKASIBALAI BOMBA DAN PENYELAMAT, KUALA PERLIS, 02000 KUALA PERLIS, PERLIS
TARIKH KURSUS09 -10 OGOS 2022
TARIKH PENDAFTARAN07 JULAI 2022 - 04 OGOS 2022
KADAR YURAN
  • STAF UniMAP (PERCUMA)
  • PESERTA LUAR (RM400)
SASARAN PESERTA
  • EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT)
  • PENGURUS KKP
  • KONTRAKTOR
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI STAF COSHE :                                         ENCIK SHAH RIZAN MOHD REJAB (012-5851681)                                                               CIK FATIN NABILAH AZIS (013-4933067)