Kursus Kesedaran Dan Pengurusan Biokeselamatan Di Universiti

PENGENALAN

Universiti Malaysia Perlis, UniMAP sedang berada dalam proses untuk membangunkan pengurusan biokeselamatan di universiti mematuhi Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] dan Bahagian II Peraturan Biokeselamatan (Kelulusan dan Pemberitahuan) 2010. Sehubungan dengan itu, sejajar juga dengan memenuhi tuntutan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2021-2025 oleh JKKP Malaysia melalui Teras Strategik 3, Penggalakan Pendidikan dan Penyelidikan KKP, Kursus Kesedaran dan Pengurusan Biokeselamatan di Universiti perlu diadakan.

Kursus ini akan memberikan kesedaran kepada peserta akan kepentingan keselamatan biologi, pengenalan serta pendedahan terhadap ilmu-ilmu biologi yang berkaitan dengan aspek-aspek biokeselamatan, dan perkongsian berkenaan kaedah terbaik bagi menguruskan biokeselamatan di universiti. Dengan pelaksanaan kursus ini, staf-staf UniMAP yang terlibat dengan pengurusan biokeselamatan akan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam tentang hal ini dan seterusnya mempertingkatkan lagi kompetensi mereka dalam menguruskan biokeselamatan di UniMAP.

OBJEKTIF

Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk :

I. Memberikan kesedaran dan kefahaman berkenaan dengan biokeselamatan.

II. Menemukan kaedah pengurusan biokeselamatan terbaik di universiti.

III. Mendedahkan kepentingan pengurusan biokeselamatan yang efisien pada peringkat universiti.

KANDUNGAN KURSUS

Modul pelaksanaan kursus ini adalah dicadangkan seperti berikut: 

Modul 1: Pengenalan kepada biokeselamatan dan struktur pengurusan biokeselamatan di sesebuah universiti

Modul 2: Penilaian dan pengurusan risiko biologi

Modul 3: Pelan Tindak Balas Kecemasan

Modul 4: Sisa Biologi dan Selainnya

KAEDAH KURSUS

I. Ceramah

II. Perbincangan

III.Latihan Praktikal

 

BUTIRAN KURSUS KESEDARAN DAN PENGURUSAN BIOKESELAMATAN DI UNIVERSITI

TEMPOH KURSUS 1 HARI
PERINGKAT KURSUS ASAS
MOD KURSUS KELAS PENGAJARAN
LOKASI BILIK SEMINAR SIANTAN, FTKM KAMPUS ALAM UniMAP PAUH PUTRA, PERLIS
TARIKH KURSUS 27  JULAI 2022
TARIKH PENDAFTARAN 15 JULAI 2022 - 25 JULAI 2022
KADAR YURAN
  • STAF UniMAP (PERCUMA)
  • PESERTA LUAR (RM200)
SASARAN PESERTA
  • AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN BIOKESELAMATAN
  • STAF AKADEMIK 
  • STAF TEKNIKAL/PLV
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI STAF COSHE :                                         ENCIK SHAH RIZAN MOHD REJAB (012-5851681)                                                               CIK FATIN NABILAH AZIS (013-4933067)