KURSUS PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL

PENGENALAN

Pengurusan Buangan Terjadual merupakan sebahagian dari sistem pengurusan dalam sesebuah organisasi yang meliputi:

a) Polisi pengurusan buangan terjadual dalam sebuah organisasi.

b) Proses perancangan bagi pengurusan buangan terjadual.

c) Merupakan tanggungjawab bagi setiap individu yang terlibat dengan pengurusan buangan terjadual.

d) Merangkumi pembangunan, pelaksanaan, penilaian semula dan pemurnian setiap prosedur kerja dan pengurusan sumber bagi memenuhi keperluan akta.

Pengurusan buangan terjadual merupakan satu kerangka yang dibangunkan bertujuan untuk mengendali, menyimpan, melapor pengeluaran serta pelupusan buangan terjadual secara lebih sistematik dan memenuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual, 2005). Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada peserta melaui langkah-langkah bagi membangunkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Di akhir kursus, peserta akan dapat mengetahui pendekatan yang mudah dalam menguruskan buangan terjadual serta dapat menguruskan buangan terjadual serta dapat menguruskan risiko yang berkaitan pengendalian sisa buangan terjadual dengan lebih berkesan.


OBJEKTIF

a) Mengenalpasti hazard, menganalisis dan menaksir risiko yang berkaitan pengendalian sisa Buangan Terjadual.

b) Menjelaskan kepada peserta cara menguruskan kaedah pengendalian, penyimpanan, pelaporan dan pelupusan sisa Buangan Terjadual berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual, 2005).

c) Untuk memberi kompetensi kepada peserta (Pengurus Buangan Terjadual).


SASARAN PESERTA

a) Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.

b) Pengurus Buangan Terjadual.

c) Staf yang terlibat dan mengendali Buangan Terjadual


KANDUNGAN KURSUS

a) Pengenalan Pengurusan Buangan Terjadual.

b) Peranan dan tanggungjawab.

c) Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

d) Pelan Pembangunan

e) Program Pelupusan Buangan Terjadual (pengendalian, penyimpanan, pelaporan)

f) Audit dan pemantauan


KAEDAH KURSUS

a) Ceramah

b) Perbincangan 

c) Latihan Praktikal

TEMUILAH KAMI DISINI

HARAPAN KAMI UNTUK MEMBANTU ANDA 


TEMPOH

2 HARI

PERINGKAT KURSUS

ASAS

MOD KURSUS

KELAS PENGAJARAN

LOKASI

SECARA DALAM TALIAN

TARIKH KURSUS

28 - 29 JULAI 2021

(RABU & KHAMIS)

TARIKH PENDAFTARAN 

26 - 27 JULAI 2021

KADAR YURAN 

  • STAF UNIMAP (PERCUMA)
  • BUKAN UNIMAP (RM80/PESERTA)

BORANG PENDAFTARAN

BORANG KURSUS