Kursus Pengenalan Pengurusan Bahan Kimia

PENGENALAN


Pengurusan Bahan Kimia merupakan sebahagian dari sistem pengurusan dalam sesebuah organisasi yang meliputi:


  1. Polisi pengurusan bahan kimia dalam sebuah organisasi.
  2. Proses perancangan bagi pengurusan bahan kimia.
  3. Merupakan tanggungjawab bagi setiap individu yang terlibat dengan pengurusan bahan kimia.
  4. Merangkumi pengendalian, penggunaan, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia bagi memenuhi keperluan akta dan standard yang telah ditetapkan.


Pengurusan bahan kimia merupakan satu kerangka yang dibangunkan bertujuan untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku dalam suatu organisasi. Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, (Pengunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) sebuah organisasi perlu mematuhi akta dan standard yang telah ditetapkan. Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada peserta cara-cara pengurusan bahan kimia dengan betul dan tepat di tempat kerja.


Di akhir kursus, peserta akan dapat mengetahui cara pengendalian, pengunaan, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia dengan betul dan tepat mengikut akta dan standard yang telah ditetapkan.


2.    OBJEKTIF


  1. Memahami risiko bahan kimia terhadap kesihatan.
  2. Berkongsi kaedah pengendalian, penggunaan, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia.
  3. Memahami undang-undang dan prosedur berkaitan bahan kimia.
  4. Peserta dapat membantu pihak universiti dalam membuat pengurusan bahan kimia yang betul dan mengikut akta dan standard yang ditetapkan.

3.     SASARAN PESERTA


  • Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.
  • Pengurus Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Pusat Bertanggungjawab.
  • Pegawai yang bertanggungjawab yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya.
  • Pegawai yang bertanggungjawab dalam pembelian bahan kimia dan pelupusan buangan terjadual.


4. KANDUNGAN KURSUS


a.      Pengenalan Pengurusan Selamat Bahan Kimia

b.      Hazard Bahan Kimia dan Kesan kepada Manusia, Harta Benda dan Alam Sekitar

c.      Pengurusan Selamat Bahan Kimia

         1)  Pengenalpastian Hazard Kimia

         2) Penaksiran Risiko Hazard Kimia

         3) Pengawalan Risiko Hazard Kimia

d.      Penaksiran Risiko Hazard Kimia kepada Kesihatan

e.      Pengawalan Risiko Hazard Kimia kepada Kesihatan 

f.      Kesediaan Tindakbalas Kecemasan


5.    KAEDAH KURSUS


a.      Ceramah

b.      Perbincangan

c.      Latihan Praktikal


 


 


Tempoh Kursus

2 Hari

Peringkat Kursus

Asas

Mod Kursus

Kelas Pengajaran

Lokasi

Secara Online Google Meeting

Tarikh Kursus

28 - 29 Jun 2021

Tarikh Pendaftaran 

14 - 24 Jun 2021

Kadar Yuran

  • Staf Unimap (Percuma)
  • Bukan Unimap (RM 80/Peserta)

Borang Pendaftaran

BORANG KURSUS