kursus pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko

PENGENALAN

Hirarc merupakan kaedah bagi membolehkan sesuatu organisasi menguruskan hazard yang wujud di tempat kerja dengan lebih berkesan. Hirarc adalah alat integrasi untuk mengenal pasti, menilai / mengukur dan mengawal bahaya dan risiko mana-mana tempat kerja dan setiap aktiviti.

Setiap organisasi memerlukan kaedah pengurusan hazard yang tepat untuk mengelak daripada berlakunya hazard kepada pekerja. Dengan adanya kursus ini, ia dapat membentuk suatu kerja ini dijalankan secara sistematik dan efektif bagi mengelakkan sebarang risiko yang bakal dihadapi oleh pekerja. Kursus ini akan memberi pendedahan kepada peserta bagi langkah-langkah mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja.

Di akhir kursus peserta akan dapat mengetahui pendekatan yang mudah dalam mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja serta dapat menguruskan hazard dan risiko dengan lebih berkesan.


OBJEKTIF

  1. Memberi pendedahan kepada cara-cara mengenalpasti hazard, menganalisis dan menaksiran risiko yang berkaitan.
  2. Menyatakan tindakan dan keadaan kerja yang substandard semasa ia membangunkan dan mengambil tindakan pembetulan yang perlu.
  3. Menjelaskan kumpulan hazard pekerjaan dan risiko kesihatan yang terdapat di tempat kerja.
  4. Menghuraikan penilaian risiko yang berkaitan dengan hazard dan mendedahkan tentang langkah-langkah menghapuskan atau mengurangkan risiko.


sasaran peserta

  1. Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.
  2. Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pusat Bertanggungjawab.
  3. Pegawai yang bertanggungjawab dalam pengendalian makmal.
  4. Pegawai teknikal.


Kandungan kursus

  1. Pengenalan Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko
  2. Peranan dan tanggungjawab
  3. Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 
  4. Pembangunan pelan
  5. Komunikasi


Kaedah Kursus

  1. Ceramah
  2. Perbincangan
  3. Latihan Praktikal


TEMPOH KURSUS 2 HARI
PERINGKAT KURSUSASAS
MOD KURSUSKELAS PENGAJARAN
LOKASIDEWAN KEIKHLASAN UNIMAP, TINGKAT 10, BANGUNAN KWSP KANGAR, PERLIS
TARIKH KURSUS 14 APRIL 2021 - 15 APRIL 2021
TARIKH PENDAFTARAN 29 MAC 2021 - 12 APRIL 2021
KADAR YURAN
  • STAF UNIMAP (PERCUMA)
  • BUKAN UNIMAP (RM400/PESERTA)
BORANG PENDAFTARAN

BORANG KURSUS