Pengurusan Keselamatan Buangan Terjadual

Bagaimana Kami Uruskan

Pengurusan Yang Bersistematik dan di iktiraf

UniMAP melalui COSHE menguruskan Keselamatan Buangan Terjadual berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). 


Sejak 2011, sistem pengurusan sisa buangan terjadual telah diktiraf melalui persijilan ISO 9001. Semua aktiviti berkaitan pengurusan Buangan Terjadual adalah merujuk kepada Standard Operating Prosedur (SOP) yang telah dibangunkan oleh pihak COSHE.

Di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), buangan terjadual (sisa bahan kimia) terhasil adalah daripada aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di makmal-makmal UniMAP. Pusat tanggungjawab yang terlibat dalam penghasilan sisa buangan terjadual terdiri daripada :-
  1. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA)
  2.  Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK)
  3.  Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN)
  4.  Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik (FTKE)
  5.  Institut Agroteknologi Lestari
  6.  Pusat Kesihatan
  7.  Jabatan Pembangunan
  8. Institut Kejuruteraan Nano Elektronik 
Diantara Buangan Terjadual yang terhasil oleh pusat tanggungjawab di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sehingga terkini yang telah dilupuskan mengikut kod-kod SW adalah seperti  senarai berikut :
  • SW 110 - Buangan sisa elektronik
  • SW 301 Asid organik terpakai dengan Ph yang kurang daripada atau sama dengan dua yang mengakis atau berbahaya
  • SW 305 Minyak pelincir terpakai
  • SW 403 Buangan sisa dadah (ubat) mebahaya
  • SW 404 Buangan patogenik, buangan klinikal atau bahan yang dikuarantinkan
  • SW 409 Bekas, beg atau kelengkapan yang dilupuskan yang dicemari dengan bahan kimia,racun mahkluk perosak, minyak mineral atau buangan terjadual
  • SW 410 Kain buruk, plastik, kertas atau turas yang dicemari dengan buangan terjadual
  • SW 421 Campuran buangan terjadual
  • SW 429 Bahan kimia yang terbuang atau tidak mengikut spesifikasi
Di dalam Pengurusan Keselamatan Buangan Terjadual, pihak COSHE dipertanggungjawab untuk mengurus permohonan bajet, menyediakan stok peralatan simpanan buangan terjadual, melaksankan pemantauan awal bagi pengenalpastian risiko, mengemaskini data inventori bualanan yang diterima oleh setiap PTj yang terlibat ke dalam Sistem e-SWIS, melaksanakan Program Pelupusan Buangan Terjadual, tututan bayaran oleh kontraktor (berdaftar dengan JAS) dan mnyediakan latihan atau kursus yang berkaitan buangan terjadaul setiap tahun. Berikut adalah kemudahan-kemudahan eborang yang disediakan oleh pihak COSHE untuk kegunaan pihak PTj yang terlibat dengan Pengurusan Buangan Terjadual.

Pengurus Buangan Terjadual yang dilantik perlu membuat permohonan peralatan simpanan Buangan Terjadual daripada pihak COSHE setiap awal bulan bagi kegunaan bulan berikutnya dengan menggunakan e-borang di Borang Permohonan Peralatan Simpanan Buangan Terjadual

Pengurus Buangan Terjadual di Pusat Tanggungjawab yang terlibat perlu menghantar Laporan Inventori Bulanan Buangan Terjadual dalam Jadual ke-5 ke pihak COSHE menggunakan Borang Laporan Inventori Bulanan

Pengurus Buangan Terjadual di setiap PTj yang terlibat perlu mengisi borang Penyerahan Pelupusan Buangan Terjadual setiap kali Program Pelupusan Buangan Terjadual dilaksanakan.