UniMAP melalui COSHE menguruskan Keselamatan Buangan Terjadual berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
Sejak 2011, sistem pengurusan sisa buangan terjadual telah diktiraf melalui persijilan ISO 9001. Semua aktiviti berkaitan pengurusan Buangan Terjadual adalah merujuk kepada Standard Operating Prosedur (SOP) yang telah dibangunkan oleh pihak COSHE.
Di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), buangan terjadual (sisa bahan kimia) terhasil adalah daripada aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di makmal-makmal UniMAP.
Diantara Buangan Terjadual yang terhasil oleh pusat tanggungjawab di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sehingga terkini yang telah dilupuskan mengikut kod-kod SW adalah seperti senarai berikut :
Pengurus Buangan Terjadual yang dilantik perlu membuat permohonan peralatan simpanan Buangan Terjadual daripada pihak COSHE setiap awal bulan bagi kegunaan bulan berikutnya dengan menggunakan e-borang di Borang Permohonan Peralatan Simpanan Buangan Terjadual
Pengurus Buangan Terjadual di Pusat Tanggungjawab yang terlibat perlu menghantar Laporan Inventori Bulanan Buangan Terjadual dalam Jadual ke-5 ke pihak COSHE menggunakan Borang Laporan Inventori Bulanan