Kursus Pengenalan Dan Kesedaran Perlindungan Sinaran

PENGENALAN

Program Perlindungan Sinaran (PPS) adalah satu dokumen perakuan pematuhan kepada peraturan kawalselia sinaran oleh setiap pemegang lesen sinaran di Malaysia. Peraturan kawalselia ini dikuatkuasakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).  Program Perlindungan Sinaran ini disediakan bertujuan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan sinaran khususnya kepada staf UniMAP dan orang awam. PPS merupakan salah satu keperluan regulatori di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi semua fasiliti makmal/bengkel yang terlibat dengan sinaran mengion. Pelaksanaan PPS adalah bertujuan untuk memastikan dedahan pekerjaan (occupational exposure) dan dedahan awam (public exposure) adalah pada tahap yang optimum serta meminimumkan kesan bahaya kepada nyawa, harta benda dan alam sekitar.

Pegawai Pelindungan Sinaran (RPO) UniMAP yang diiktirafkan oleh AELB sebagai pemegang lesen perlu memastikan Lesen Sinaran Universiti sentiasa dipatuhi mengikut Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). Sehubungan dengan itu, bagi kelangsungan lesen tersebut RPO mempunyai dua pilihan sama ada menghadiri kursus/latihan atau menjadi penceramah untuk kursus yang berkaitan dengan PPS.

OBJEKTIF

Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk :

I. Untuk mendedahkan peserta berkaitan dengan kesederaan pengurusan perlindungan sinaran di tempat kerja.

II. Untuk mempelajari objektif dan peranan JK PPS.

III. Mendedahkan peserta mengenalpasti hazard, menafsir risiko dan kawalan risiko yang berkaitan dengan pengurusan perlindungan sinaran.

KANDUNGAN KURSUS

Modul pelaksanaan kursus ini adalah dicadangkan seperti berikut:

I. Asas Sinaran Mengion (struktur atom, radioaktiviti dan punca sinaran jenis dan sifat sinaran.

II. Kesan sinaran mengion kepada hidupan dan prinsip perlidungan sinaran.

III. Aplikasi sinaran mengion dan prosedur kerja sinaran berdasarkan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.

KAEDAH KURSUS

I. Ceramah

II. Perbincangan

III.Latihan Praktikal


BUTIRAN KURSUS pengenalan dan keseDARAN perlindungan sinaran

TEMPOH KURSUS1 HARI
PERINGKAT KURSUSASAS
MOD KURSUSKELAS PENGAJARAN
LOKASIRUANG JAMUAN, ARAS 2 CANSELORI TUANKU SYED SIRAJUDDIN, KAMPUS ALAM UniMAP PAUH PUTRA, 02600 ARAU, PERLIS
TARIKH KURSUS23 OGOS 2022
TARIKH PENDAFTARAN16 OGOS 2022 - 22 OGOS 2022
KADAR YURAN
  • STAF UniMAP (PERCUMA)
  • PESERTA LUAR (RM200)
SASARAN PESERTA
  • AHLI JAWATANKUASA PERLINDUNGAN SINARAN 
  • STAF AKADEMIK 
  • STAF TEKNIKAL/PLV
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI STAF COSHE :                                         ENCIK SHAH RIZAN MOHD REJAB (012-5851681)                                                               CIK FATIN NABILAH AZIS (013-4933067)