Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan Keselamatan Sinaran di Universiti Malaysia Perlis mengikut pematuhan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. Di antara perkara-perkara yang dilakukan oleh unit ini ialah:-
- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Keselamatan Sinaran empat kali setahun.
- Menguruskan perlantikan Pegawai Sinaran (RPO) Universiti dan Orang Yang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL) Universiti.
- Menguruskan permohonan bajet untuk pembaharuan lesen sinaran.
- Menguruskan Latihan Kompetensi kepada RPO, PY dan PS.
- Menjalankan audit pemantauan berkaitan sinaran.