Pengurusan Keselamatan Mekanikal dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan semua mesin dan jentera dikawal selia dan diselenggara dengan sistematik. Ini bagi memastikan penggunaannya selamat serta tidak mendatangkan bahaya dan risiko keselamatan kepada staf, pelajar, pelawat mahupun kontraktor semasa menggunakan peralatan tersebut di tempat kerja. Selain itu ia merupakan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
Antara Mesin dan Jentera UniMAP yang perlu didaftarkan dan mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan (CF) setiap lima belas bulan sekali dengan pihak Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (JKKP) yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024 melibatkan tiga kategori jenis permit dan perlu melalui pra pemeriksaan, ujian dan pentauliahan adalah seperti berikut: