Pelan higiene bahan kimia merujuk kepada satu set garis panduan dan prosedur yang direka untuk memastikan penggunaan bahan kimia dengan selamat dan berkesan di tempat kerja.
Dengan mengikuti Pelan Higiene Bahan Kimia yang sesuai, risiko kemalangan dan insiden dapat dikurangkan, membantu memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua orang yang terlibat.
Sistem Pengalihudaraan Dalaman (Local Exhaust Ventilation, LEV) adalah sistem yang berfungsi untuk mengawal dan mengeluarkan bahan berbahaya seperti debu, asap, wap dan gas di tempat asal sumber emisinya. Sistem ini digunakan di makmal-makmal pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan seperti makmal-makmal kimia untuk melindungi pekerja dari bahan kimia yang membahaya.
Sistem LEV terdiri daripada beberapa komponen seperti hood penghisap, sistem saluran udara, peranti penyaringan udara dan kipas untuk membantu mengalirkan udara tercemar melalui sistem. Sistem Pengalihudaraan Dalaman amat berkesan untuk mengawal pencemaran udara kerana ia menghilangkan bahan berbahaya pada sumbernya, mencegah ia menyebar ke persekitaran kerja yang lain dan membantu melindungi pekerja dari bahaya yang ditimbulkan akibat terdedah kepada bahan berbahaya untuk jangka masa yang panjang.