Pengurusan Buangan Terjadual

Bagaimana Kami Uruskan

Pengurusan yang Diiktiraf & Bersistematik

Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menguruskan Keselamatan Buangan Terjadual berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] Pindaan 2022.

Sistem pengurusan sisa buangan terjadual telah mendapat pengiktirafan persijilan antarabangsa ISO 9001. Semua aktiviti berkaitan pengurusan Buangan Terjadual (SW) adalah merujuk kepada Standard Operating Prosedur (SOP) yang telah dibangunkan oleh pihak COSHE berdasarkan peruntukan undang-undang dan piawaian antarabangsa.