Laman Web Rasmi COSHE Mendapat Penarafan 5 Bintang dalam Penilaian Laman Web Rasmi PTj UniMAP (Disember 2022)

PAUH, 15 Februari – Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr Zaliman Sauli telah menyampaikan Sijil Penghargaan Pencapaian 5 Bintang dalam Penilaian Laman Web Rasmi PTj UniMAP (Disember 2022) kepada Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) pada Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti, 15 Februari 2023.

COSHE telah berjaya disenaraikan dalam kalangan 15 pusat tanggungjawab terbaik yang mendapat penarafan 5 bintang dalam memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC).

Pada tahun 2022 secara keseluruhannya, laman sesawang COSHE telah menerima penarafan 5 bintang ini sebanyak 2 kali dari 3 penilaian yang telah dilakukan oleh DMDC. Di samping kejayaan ini, laman sesawang COSHE juga telah menerima sebanyak 21,012 tontonan halaman oleh sejumlah 6,529 pengguna. Tiga halaman utama yang menjadi tumpuan pengguna adalah Halaman Utama dengan 10,269 tontonan halaman, Latar Belakang dengan 712 tontonan halaman, dan Takwim Latihan 2022 dengan 475 tontonan halaman.

Pengguna juga berminat untuk mencari berkaitan Pengurusan Buangan Terjadual (316 tontonan halaman) serta memuat turun Prosedur (339 tontonan halaman), Garis Panduan (333 tontonan halaman), dan Templat (319 tontonan halaman).

Pada tahun 2023 ini, COSHE akan menambahbaik lagi kandungan dalam laman sesawang agar ia dapat memberikan manfaat kepada semua kerana keselamatan dan kesihatan adalah tanggunggjawab semua bersama-sama.

21,012

Jumlah tontonan halaman laman web

6,529

Jumlah pengguna

59.1%

Pengguna menggunakan telefon bimbit

40.2%

Pengguna menggunakan komputer

0.6%

Pengguna menggunakan tablet