Tips Keselamatan

KETIKA BANJIR

Ketahui dengan lebih lanjut tentang langkah-langkah keselamatan semasa banjir berlaku.

Apabila banjir berlaku:

  • Jangan sekali-kali menyentuh sebarang peralatan elektrik atau suis dengan tangan yang basah.
  • Berhati-hati semasa mengendalikan sebarang peralatan yang telah ditenggelami air. Pastikan ianya diperiksa dan diuji oleh kontraktor elektrik bertauliah sebelum diguna semula.
  • Matikan suis utama sebelum berpindah ke pusat pemindahan.

Apabila banjir berlaku, wayar dan tiang elektrik mungkin terdedah kepada bahaya seperti pokok tumbang. Dalam situasi ini:

  • Jangan mendekati atau menyentuh mana-mana wayar elektrik yang terputus kerana ia mungkin masih mengalirkan elektrik.
  • Pantau anak-anak anda.
  • Jangan baiki sendiri apa-apa kerosakan. Hubungi pejabat TNB terdekat atau hubungi talian hotline TNB di 15454. Ingat, TNB bertanggungjawab ke atas kabel atas, tiang penyuap, sub stesen dan kabel bawah tanah, dan akan membaiki atau menggantikannya jika rosak.

Sumber: Laman web TNB