Mesin dan jentera yang memerlukan sijil perakuan (CF) adalah mesin yang tertakluk kepada Akta Kilang dan Jentera 1967, seperti mesin angkat, mesin pengandung tekanan tak berapi, dan dandang stim. Sebelum membeli mesin dan jentera ini, semua pihak perlu memastikan bahawa:
- Mesin dan jentera tersebut telah diuji dan diluluskan oleh pembuat atau pihak berkuasa negara pengeluar.
- Mesin dan jentera tersebut telah didaftarkan dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan mempunyai CF yang sah.
- Mesin dan jentera tersebut mematuhi spesifikasi, piawaian, dan garis panduan yang ditetapkan oleh JKKP
Pembeli juga perlu memastikan Sijil Pembuat, Lukisan Kelulusan Reka Bentuk dan Borang JKJ 127/Ujian Hidrostatik perlu dipenuhi sebagai syarat utama pembelian bagi:
- Memastikan bahawa mesin dan jentera tersebut memenuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Memudahkan proses pendaftaran, pengesahan, dan pemantauan mesin dan jentera tersebut oleh JKKP.
- Membuktikan bahawa mesin dan jentera tersebut telah diuji dan diluluskan oleh pembuat atau pihak berkuasa negara pengeluar.
- Menyediakan rekod penyelenggaraan dan pemeriksaan mesin dan jentera tersebut untuk rujukan masa depan