Peranan dan tanggungjawab Penyelaras Mekanikal Berperakuan

Peranan dan tanggungjawab Penyelaras Mekanikal Berperakuan

Peranan dan tanggungjawab Penyelaras Mekanikal Berperakuan berdasarkan Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera, Akta Kilang & Jentera 1967 adalah seperti berikut :

  1. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah memaklumkan kepada pegawai COSHE untuk memperbaharui CF selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum CF tamat tempoh.
  2. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah memastikan penyelengggaraan terhadap mesin/jentera yang berperakuan dilakukan oleh kontraktor yang kompeten dan berdaftar dengan JKKP.
  3. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah menyediakan buku rekod penyelengggaraan mesin/jentera yang berperakuan dan hendaklah diperakukan oleh OYK yang kompeten.
  4. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah mengiringi pegawai JKKP dan COSHE semasa melakukan pemeriksaan ulangan ke atas mesin/jentera terlibat. Pihak kontraktor yang kompeten perlu hadir semasa pemeriksaan tersebut.
  5. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah menyimpan salinan CF tersebut dan salinan asal perlu dipamerkan berhampiran mesin/jentera. (CF dimuat turun dari sistem MyKKP).
  6. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah memaklumkan kepada COSHE secara bertulis untuk permohonan penangguhan pemeriksaan ulangan mesin/jentera selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum CF tamat.
  7. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah memastikan permohonan penangguhan adalah bertepatan dengan tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam prosedur ini.
  8. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah memastikan mesin/jentera diselenggara dan dalam keadaan baik dan selamat untuk beroperasi.
  9. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah memastikan semua dokumen sokongan yang diperlukan semasa melakukan permohonan penangguhan lengkap dan mudah dibaca.
  10. Penyelaras Mekanikal Berperakuan hendaklah memastikan notis larangan penggunaan / pemberhentian operasi ditampal pada mesin/jentera terlibat.