Pelaporan Kemalangan

NADOPOD

Pelaporan Kemalangan

Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berperanan dalam menguruskan pelaporan dan penyiasatan kemalangan tempat kerja di UniMAP.

Pelaporan kemalangan merupakan mekanisme laporan yang menjelaskan langkah-langkah tindakan (sebelum, semasa dan selepas) berlakunya kemalangan, menyiasat punca-punca/penyebab berlakunya kemalangan serta melaksanakan tanggungjawab kebajikan serta mencegah daripada berulang kemalangan yang sama.

Pelajar Staf Kontraktor Pelawat

Siapakah yang
Perlu Melaporkan
Kemalangan
Tempat Kerja
di UniMAP ?

SISTEM PELAPORAN DALAM TALIAN

PELAPORAN SISTEM-SHE

PTj hendaklah memastikan setiap kemalangan dan kemalangan nyaris yang berlaku di tempat kerja masing-masing dilaporkan kepada COSHE sebaik sahaja kemalangan tersebut dikenalpasti atau berlaku di tempat kerja. 

Insiden berkaitan kemalangan tempat kerja akan disiasat bagi membantu mencegah kejadian berulang pada masa akan datang selaras dengan hasrat Universiti untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat kepada warga Universiti. 


Sekiranya berlaku sebarang insiden, dapatkan sebarang pertolongan cemas/penjagaan perubatan dengan kadar segera dan laporkan insiden melalui Sistem Unisis / Sistem SHE. 
Sekiranya berlaku sebarang insiden, dapatkan sebarang pertolongan cemas/penjagaan perubatan dengan kadar segera dan laporkan insiden melalui Sistem Unisis / Sistem SHE.