Papan Tanda Keselamatan adalah salah satu dari komunikasi kepada staf, pelajar dan pelawat mengenai risiko, bahan berbahaya disatu satu kawasan. Papan tanda yang efektif perlu mudah dibaca dan dikenalpasti. Secara umumnya papan tanda yang sering digunakan adalah "AMARAN", "BAHAYA' yang sering digunakan di kawasan kawasan yang mempunyai risiko yang tinggi seperti tapak bina, bahan berbahaya di dalam makmal.
Bagi kawasan yang mempunyai risiko yang rendah terdapat keperluan untuk meletakkan papan tanda keselamatan seperti yang berkaitan dengan bahaya kebakaran, arah keluar dan apa yang diperlukan atau tidak boleh dilakukan.
Bagi memudahkan staf, pelajar dan pelawat UniMAP, UKKP telah mengeluarkan garispanduan penyediaan papan tanda keselamatan.
Jenis jenis papan tanda
Papan Tanda Mandatori - Perlu berbentu bulat berwarna biru dan simbol berwarna putih. Ini adalah tanda dimana sesuatu tindakan yang spesifik perlu diambil.
Keadaan Selamat - Berbentuk segi empat atau bulat berwarna hijau ,tanda keselamatan berbentuk simbol atau teks berwarna putih yang mempunyai maklumat mengenai keadaan selamat.
Papan Tanda Melawan Kebakaran - Berbentuk segi empat atau bulat berwarna merah dan mengandungi simbol berwarna putih yang menunjukkan kawasan peralatan melawan kebakaran.
Papan Tanda Amaran - Segi tiga bewarna kuning dengan garisan dan simbol bewarna hitam. Diantara kawasan kuning diletakkan tanda keselamatan yang member amaran mengenai hazad yang ada.
Papan tanda Larangan - Satu garisan dan tanda palang bewarna merah dengan latarbelakang bewarna putih. Simbol didalam garisan bulat perlu berwarna hitam. Simbol ini melanbangkan tindakan yang dilarang.
Saiz papan tanda perlu mengikut ruang yang ingin dipasang bagi memudahkan penyampaian.
Berikut merupakan carta jarak penglihatan papan tanda :