Mengenalpasti keperluan infrastruktur (termasuk keperluan kewangan dan latihan) supaya kawalan dan kawalseliaan tenaga atom dapat dilaksanakan secara berkesan.
Memastikan pematuhan Program Perlindungan Sinaran yang diterima pakai adalah selaras dengan arahan dan kehendak AELB.
Memastikan aspek keselamatan dan sekuriti dinilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan ke atas kemudahan dan bahan radioaktif.
Memastikan Pelan Sekuriti dan Penilaian Ancaman memenuhi kehendak sekuriti dan keselamatan di kemudahan sebelum dikemukakan kepada AELB untuk kelulusan.
Memberi nasihat kepada pemegang lesen berkenaan dengan aspek keselamatan, sekuriti dan kawal seliaan peralatan sinaran.
Menerapkan budaya keselamatan dan budaya sekuriti kepada semua pekerja sinaran.