17. Memastikan sekuriti terhadap kemudahan pemegang lesen sentiasa dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang risiko kehilangan, sabotaj atau kecurian.
18. Memastikan langkah-langkah sekuriti yang ditetapkan oleh pemegang lesen.
19. Melaporkan sebarang kejadian keadaan luar jangka yang menggugat elemen sekuriti dalam tempoh 24 jam dari masa berlakunya kejadian berkaitan.
20. Melaksana dan menguji sepenuhnya Pelan Sekuriti yang diluluskan oleh Jabatan AELB serta mendokumenkan laporan pelaksanaan.
21. Pegawai Perlindungan Sinaran akan memberhentikan operasi kendalian peralatan sinaran jika didapati terdapat perlanggaran peruntukan Akta 304 yang dilakukan pekerja sinaran.