Kursus Asas Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah sasaran untuk memahami kaedah pengurusan KKP dengan bersistematik. Kursus ini dijalankan untuk memastikan pengurus KKP dapat capai objektif universiti untuk sediakan tempat kerja yang selamat dan kondusif.
Enam Prinsip Perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 :
- Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik.
- Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan.
- Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatam di tempat kerja.
- Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja.
- Organissi dan sumber yang perlu hendaklah dibangunkan dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
- Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.
Dengan adanya kursus ini, kadar peningkatan kemalangan dapat dikurangkan dan diatasi di tempat kerja. Sekaligus, dapat mengurangkan kematian di tempat kerja.