Pengurus Keselamatan & Kesihatan

Laporkan Kemalangan
Jika terdapat sebarang kejadian kemalangan kejadian berbahaya, dan melibatkan kecederaan, sila laporkan dengan segera melalui melalui Sistem SHE di URL: https://she.unimap.edu.my 

Rujukan & Template

Pengurus Keselamatan dan Kesihatan

Bagi memastikan perlaksanaan program pembudayaan dan keberkesanan pematuhan kepada perundangan. Setiap PTj mempunyai seorang Pengurus Kelamatan dan Kesihatan. Perlantikan ini adalah secara bertempoh bagi setiap 1 tahun. Peranan penting Pengurus KKP PTj adalah untuk mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UniMAP terutamanya di PTj masing-masing ke arah yang cemerlang dan selaras dengan pematuhan kepada perundangan berkaitannya. Pengurus KKP  PTj juga adalah sebagai Duta KKP yang mewakili COSHE untuk membantu dan memastikan Universiti dapat menyediakan suasana tempat kerja yang selamat dan sihat kepada warganya, termasuklah staf, pelajar dan kepada mereka yang berurusan di UniMAP selaras dengan Polisi Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniMAP. Sepanjang 2022 terdapat 23 kes kemalangan/kejadian berbahaya telah dilaporkan melalui sistem dalam talian SHE yang melibatkan 17 kes kecederaan mangsa, 6 kes kerosakan harta benda dan 1 kes keracunan akibat pekerjaan.

Pengurus Keselamatan & Kesihatan

Fungsi

Setiausaha

Membantu mengurus dan menasihati pengerusi dalam Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP)

Wakil Ganti

Pengurus berfungsi untuk menjadi wakil majikan bagi menghadiri mesyuarat JKK peringkat Universiti

Penghubung

Pengurus bertindak sebagai penghubung antara COSHE dan PTj. Ini bagi meningkatkan kerjasama JKK PTj dapat berfungsi dengan berkesan

Pematuhan

Pengurus perlu memastikan PTj mematuhi peraturan dan perundangan

Tanggungjawab

Menjadi Setiausaha JK KKP PTj

  1. Merancang takwim program KKP
  2. Menyediakan minit mesyuarat JKK
  3. Memantau Prestasi KKP di PTj

Membantu menasihati Ketua Jabatan mengenai langkah-langkah terbaik dalam mengurus KKP

  1. Menyediakan kemudahan KKP
  2. Memastikan fungsi jawatankuasa KKP
  3. Merancang membangunkan prosedur kerja selamat
  4. Membuat penilaian risiko

Membuat pemeriksaan tempat kerja

  1. Dibantu oleh staf/komuniti jawatankuasa KKP PTj
  2. Merancang program pemeriksaan KKP PTj

Membantu melaporkan dan menyiasat kemalangan berbahaya dan penyakit pekerjaan

  1. Membuat pelaporan melalui sistem SHE
  2. merancang dan melaksanakan penyiasatan kemalangan
  3. Menyediakan laporan kemalangan

Menganjurkan dan melaksanakan program KKP

  1. Merancang dan melaksanakan kempen, ceramah dan penerbitan mengenai KKP
  2. Merancang dan melaksanakan latihan kepada ahli jawatankuasa dan staf PTj