Penerimaan Bahan Kimia
- Elak pembelian bahan kimia yang tidak diperlukan ataupun kuantiti yang berlebihan.
- Pastikan bahan kimia diterima bersama Risalah Keselamatan Bahan Kimia (SDS).
- Terima hanya bahan kimia yang tersimpan dalam bekas yang baik dan berlabel.
- Daftarkan maklumat tarikh diterima dan juga tarikh luput (bagi sesetengah bahan kimia) dalam maklumat inventori.
- Maklumat berikut perlu ada pada daftar inventori:
- Nama bahan kimia
- Tarikh dikilang dan tarikh diterima
- Sifat bahan kimia seperti mudah terbakar, pengkakis dan sebagainya.
- Maklumat keselamatan tambahan seperti perlu dikendalikan dalam bilik wasap ataupun perlu menggunakan alat perlindungan peribadi.
Bilik Pensetoran Bahan Kimia
- Bilik setor untuk penyimpanan bahan kimia perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
- Ruang khas untuk kelas bahan kimia tertentu.
- Bilik setor kimia perlu diperiksa secara berkala
untuk mempastikan tiada sebarang kebocoran
ataupun tumpahan.
- Bilik setor bahan kimia mestilah ditempatkan di lokasi yang mudah didekati oleh kenderaan, sama ada untuk tujuan penghantaran ataupun kecemasan.
- Bilik setor bahan kimia mestilah dilengkapkan dengan alat pemadam api yang bersesuaian, alat perlindungan peribadi dan sistem komunikasi tertentu yang boleh digunakan semasa kecemasan.
- Bilik setor mestilah berdekatan dengan makmal untuk mengurangkan risiko kemalangan semasa pengagihan bahan kimia.
- Tahap keselamatan bilik setor, seperti pendawaian elektrik, sistem pengudaraan dan lain-lain perlu diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Bilik setor tidak boleh digunakan sebagai bilik persediaan ataupun pembungkusan semula bahan kimia.
- Pengendalian bilik setor mestilah dilakukan oleh pekerja tertentu sahaja.
- Penyimpanan bahan kimia cecair mudah terbakar dalam kabinet mesti tidak boleh melebihi 227 liter (60 gallon) bagi cecair dengan takat kilat kurang dari 60OC (140OF) dan tidak melebihi 454 liter (120 gallon) dengan cecair dengan takat kilat melebihi 60OC (140OF).
- Pekerja yang menjaga setor bahan kimia bertanggungjawab untuk;
- Asingkan bahan kimia mengikut keserasian.
- Simpan rekod berasingan bagi bahan kimia yang mempunyai tarikh luput.
- Periksa label secara berkala dan pastikan label tidak rosak.
- Bekas untuk mengisi bahan kimia tertumpah perlu disediakan dalam setor jika berlaku tumpahan kimia.
Penyimpanan Bahan Kimia di Makmal
- Semua bahan kimia yang disimpan sementara di makmal mestilah berlabel dengan baik.
- Bahan kimia perlu disimpan mengikut pengkelasan yang bersesuaian, seperti asid, bes, bahan pengkakis, bahan beracun.
- Bahan mudah terbakar perlu disimpan dalam kabinet yang bersesuaian.
- Jangan simpan bahan kimia di tempat seperti atas meja amali, dalam bilik wasap,bawah sinki, di tempat tinggi, tempat sukar dicapai, di atas lantai, dalam sinki atau peti sejuk bagi bahan mudah terbakar.
- Elakkan dedahan langsung tempat penyimpanan bahan kimia sementara dari cahaya matahari.
- Semua tong gas dalam makmal perlu disimpan secara menegak dan dirantai.
- Bahan kimia yang tidak diperlukan lagi mesti disimpan dalam bilik setor ataupun dilupuskan.
- Kabinet penyimpanan semestinya mempunyai pengudaraan yang baik.
- Bahan kimia mudah terbakar ataupun bahan kimia yang boleh meletup mesti disimpan dalam peti sejuk khas yang bebas percikan api.
- Peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia tidak boleh sama sekali digunakan untuk menyimpan bahan makanan dan minuman, walaupun untuk tujuan kegunaan makmal.