Pengurusan Biokeselamatan

Pengenalan Biokeselamatan

Dengan penubuhan Akta Biokeselamatan 2007 dan Peraturan Biokeselamatan 2010, semua institusi termasuk universiti, institut penyelidikan dan syarikat swasta yang berurusan dengan Organisma Hidup Terubahsuai (LMO/rDNA) dan agen/bahan berjangkit dikehendaki mengikut Akta dan Peraturan tersebut untuk memastikan keselamatan pengguna, pelanggan dan persekitaran.

Untuk mematuhi Akta dan Peraturan ini serta peraturan lain yang berkaitan bagi memantau semua aktiviti biologi tersebut yang dijalankan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), UniMAP Biosafety and Biosecurity Committee (UniMAP BBC) telah dibentuk. Sehubungan dengan itu, UniMAP BBC membangunkan manual ini untuk membantu komuniti UniMAP yang manjalankan aktiviti melibatkan bahan biologi yang bukan sahaja mengikut Akta dan Peraturan tersebut malahan juga melakukannya dengan cara yang selamat dan teratur untuk mengurangkan risiko yang disebabkan oleh bahan.

Pengurusan Biokeselamatan Di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Berpandukan Kepada Keperluan Perundangan

Akta Biokeselamatan 2007
[Akta 678]
Bahagian II
Peraturan Biokeselamatan
(Kelulusan & Pemberitahuan)
2010
Polisi & Garis Panduan
Biokeselamatan & Biosekuriti
Makmal Malaysia 2015
Dasar KKP UniMAP

Objektif Pengurusan Biokeselamatan

  1. Menentukan strategi perolehan, penggunaan, penyimpanan, pemindahan atau pelupusan bahan biologi dalam aktiviti penyelidikan dan pengajaran di UniMAP.
  2. Mengenalpasti agen atau vektor berbahaya/berjangkit dan cara pengendaliannya untuk pembangunan dan penyelidikan berkaitan dengan patogen.
  3. Menyemak dan meluluskan sebarang permohonan untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan biologi dalam makmal yang ditetapkan.
  4. Memastikan setiap aktiviti melibatkan penggunaan bahan biologi memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh perundangan negara Malaysia.