Prosedur Biokeselamatan

Prosedur Biokeselamatan

UniMAP BBC membangunkan manual pengurusan biokeselamatan untuk membantu warga Universiti yang manjalankan aktiviti melibatkan bahan biologi yang bukan sahaja mengikut Akta dan Peraturan tersebut malahan juga melakukannya dengan cara yang selamat dan teratur untuk mengurangkan risiko yang disebabkan oleh penggunaan agen biologi berbahaya dan rekombinan atau molekul DNA/RNA sintetik. 

Prosedur Pemberitahuan & Kelulusan Projek Penyelidikan

UniMAP BBC dan penyelidik perlu mematuhi Akta Biokeselamatan 2007 (Akta 678) dan Bahagian II Peraturan Biokeselamatan (Kelulusan dan Pemberitahuan) 2010. Tujuan akhir proses ini adalah untuk mengawal selia pelepasan, pengimportan dan penggunaan terkawal LMO, dan produk organisma tersebut.
Prosedur biokeselamatan merupakan panduan asas maklumat yang diperlukan untuk melindungi semua pelajar, staf, dan fakulti di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berserta persekitarannya daripada kemungkinan hazad yang berkaitan dengan penggunaan agen biologi berbahaya dan rekombinan atau molekul DNA/RNA sintetik. 

Permohonan Penyelidikan
UniMAP BBC

UniMAP BBC menyemak permohonan pemberitahuan bagi aktiviti penyelidikan sebelum serahan dokumen kepada Jabatan Biokeselamatan.

Pemberitahuan
Penyelidikan
kepada LBK

Pemberitahuan perlu dihantar kepada LBK bagi semua aktiviti kegunaan terkawal yang melibatkan LMO, dan juga untuk tujuan pengeksportan LMO.

Kelulusan
Penyelidikan
oleh LBK

Kelulusan LBK merujuk kepada aktiviti pelepasan dalam jadual ke-2 (Seksyen 3) Akta Biokeselamatan 2007
[Akta 678].