Penjanaan SW dikenalpasti dan didaftar mengikut Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di mana penjana SW perlu memastikan pengendalian, penyimpanan dan pembungkusan SW di PTj, selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 bagi pengurusan SW.
Memaklumkan tentang pengeluaran buangan terjadual kepada pihak COSHE melalui emel oshcoshe@unimap.edu.my dalam masa 30 hari dari tarikh penghasilan buangan terjadual.
Memastikan buangan terjadual distorkan dalam bekas-bekas yang sesuai dengan buangan terjadual yang hendak distorkan, tahan lasak dan yang boleh mencegah pertumpahan atau kebocoran buangan terjadual ke alam sekeliling.
Tarikh buangan terjadual dikeluarkan buat kali pertama, nama, alamat dan nombor telefon pengeluar buangan hendaklah dilabelkan dengan jelas atas bekas-bekas yang digunakan untuk menstorkan buangan terjadual.
Memastikan bekas-bekas yang mengandungi buangan terjadual hendaklah sentiasa ditutup sepanjang penstoran kecuali apabila perlu menambah atau mengeluarkan buangan terjadual itu.
Menyimpan rekod inventori yang tepat dan kemas kini mengenai kategori dan kuantiti buangan terjadual yang dihasilkan bagi suatu tempoh sehingga tiga tahun dari tarikh buangan terjadual itu dikeluarkan.
Tempoh penstoran buangan terjadual di dalam bengkel adalah tidak melebihi 180 hari atau 20 tan metrik yang mana terdahulu.
Penyelaras Buangan Terjadual bertanggungjawab menguruskan penghantaran sisa buangan terjadual ke Pusat Pengumpulan Sementara (Dragon) sebelum proses pelupusan oleh pihak kontraktor.
Mengambil bekas-bekas untuk penyimpanan sisa buangan terjadual di stor Pusat Pengumpulan Sementara (Smart Pilot Plant), Kampus Kubang Gajah.