Kategori Buangan Terjadual

Kategori Buangan Terjadual

Buangan terjadual yang dikenalpasti di UniMAP adalah terhasil daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), penyelidikan, sistem sokongan universiti serta perkhidmatan kesihatan universiti. Antaranya adalah:
  1. Sisa bahan kimia dari makmal/bengkel
  2. Buangan terjadual dari aktiviti penyenggaraan bangunan termasuk pencahayaan,
  3. Buangan terjadual dari perkhidmatan kesihatan universiti dan makmal yang menghasilkan buangan hazard biologi (biohazard).
  4. Buangan terjadual daripada aktiviti penyelenggaraan mesin dan jentera automotif.
Pengurusan

Buangan Terjadual

"Apa-apa buangan yang termasuk dalam kategori buangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama di bawah Peraturan- peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005;"

Pusat tanggungjawab (PTj) yang menghasilkan SW di UniMAP sehingga terkini yang telah dilupuskan mengikut kod-kod SW adalah seperti berikut:
  • SW 109 - Buangan yang mengandungi raksa atau sebatiannya
  • SW 110 - Buangan sisa elektronik
  • SW 301 - Asid organik terpakai dengan pH yang kurang daripada atau sama dengan 2 yang mengakis atau berbahaya
  • SW 305 - Minyak pelincir terpakai
  • SW 403 - Buangan sisa dadah (ubat) mebahaya
  • SW 404 - Buangan patogenik, buangan klinikal atau bahan yang dikuarantinkan
  • SW 409 - Bekas, beg atau kelengkapan yang dilupuskan yang dicemari dengan bahan kimia,racun mahkluk perosak, minyak mineral atau buangan terjadual
  • SW 410 - Kain buruk, plastik, kertas atau turas yang dicemari dengan buangan terjadual
  • SW 421 - Campuran buangan terjadual
  • SW 422 - Campuran buangan terjadual & bukan buangan terjadual; eg. Campuran pasir/habuk kayu (bukan buangan terjadual) dan tumpahan bahan kimia (buangan terjadual)
  • SW 429 - Bahan kimia yang terbuang atau tidak mengikut spesifikasi
  • SW 430 - Sisa bahan kimia usang/tamat tempoh

Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) dan Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat dalam menguruskan dan melaksanakan program pelupusan SW di Universiti. Peranan COSHE menyelaras program pelupusan SW merangkumi permohonan peruntukan kewangan, penyediaan stok peralatan SW, pelarasan rekod inventori bulanan (Jadual Ke-5) ke Sistem e-SWIS dan latihan kompetensi serta kursus SW di UniMAP.