Dokumentasi Buangan Terjadual

Prosedur & Dokumentasi Pengurusan SW

Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) dan Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat dalam menguruskan dan melaksanakan program pelupusan SW di Universiti. Peranan COSHE menyelaras program pelupusan SW merangkumi permohonan peruntukan kewangan, penyediaan stok peralatan SW, pelarasan rekod inventori bulanan (Jadual Ke-5) ke Sistem e-SWIS dan latihan kompetensi serta kursus SW di UniMAP.

Berikut adalah kemudahan-kemudahan eborang yang disediakan oleh pihak COSHE untuk kegunaan pihak PTj yang terlibat dengan Pengurusan Buangan Terjadual.

Penyelaras Buangan Terjadual yang dilantik perlu membuat permohonan peralatan simpanan Buangan Terjadual daripada pihak COSHE setiap awal bulan bagi kegunaan bulan berikutnya dengan menggunakan e-borang di Borang Permohonan Peralatan Simpanan Buangan Terjadual.

Penyelaras Buangan Terjadual di Pusat Tanggungjawab yang terlibat perlu menghantar Laporan Inventori Bulanan Buangan Terjadual dalam Jadual ke-5 ke pihak COSHE menggunakan Borang Laporan Inventori Bulanan.

Penyelaras Buangan Terjadual di setiap PTj yang terlibat perlu mengisi borang Penyerahan Pelupusan Buangan Terjadual setiap kali Program Pelupusan Buangan Terjadual dilaksanakan.