Pengurusan Buangan Terjadual

BUANGAN TERJADUAL UniMAP

Penyelaras Buangan Terjadual

Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) berperanan dalam pengurusan SW secara keseluruhannya di UniMAP dengan memastikan program pelupusan SW mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Pelantikan Penyelaras SW PTj bagi memastikan SW yang terhasil di tempat kerja merangkumi aspek pengenalpastian SW, pendaftaran SW di Jadual Kedua, pengendalian, penyimpanan dan pembungkusan SW, pelupusan SW dan penyimpanan rekod serta dokumen berkaitan pengurusan SW di PTj.

Penjanaan SW dikenalpasti dan didaftar mengikut Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di mana penjana SW perlu memastikan pengendalian, penyimpanan dan pembungkusan SW di PTj, selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 bagi pengurusan SW.

Penyelaras SW

Buangan Terjadual

Peranan & Tanggungjawab Penyelaras SW

SW1

Memaklumkan tentang pengeluaran buangan terjadual kepada pihak COSHE melalui emel oshcoshe@unimap.edu.my dalam masa 30 hari dari tarikh penghasilan buangan terjadual.

SW2

Memastikan buangan terjadual distorkan dalam bekas-bekas yang sesuai dengan buangan terjadual yang hendak distorkan, tahan lasak dan yang boleh mencegah pertumpahan atau kebocoran buangan terjadual ke alam sekeliling.

SW3

Tarikh buangan terjadual dikeluarkan buat kali pertama, nama, alamat dan nombor telefon pengeluar buangan hendaklah dilabelkan dengan jelas atas bekas-bekas yang digunakan untuk menstorkan buangan terjadual.

SW4

Memastikan bekas-bekas yang mengandungi buangan terjadual hendaklah sentiasa ditutup sepanjang penstoran kecuali apabila perlu menambah atau mengeluarkan buangan terjadual itu.

SW5

Menyimpan rekod inventori yang tepat dan kemas kini mengenai kategori dan kuantiti buangan terjadual yang dihasilkan bagi suatu tempoh sehingga tiga tahun dari tarikh buangan terjadual itu dikeluarkan.

SW6

Tempoh penstoran buangan terjadual di dalam bengkel adalah tidak melebihi 180 hari atau 20 tan metrik yang mana terdahulu.

SW7

Penyelaras Buangan Terjadual bertanggungjawab  menguruskan penghantaran sisa buangan terjadual ke Pusat Pengumpulan Sementara (Dragon) sebelum proses pelupusan oleh pihak kontraktor.

SW8

Mengambil bekas-bekas untuk penyimpanan sisa buangan terjadual di stor Pusat Pengumpulan Sementara (Smart Pilot Plant), Kampus Kubang Gajah.