KURSUS KEPERLUAN ISO 17025 PELAKSANAAN PENGUKURAN KETIDAKPASTIAN (MEASUREMENT UNCERTAINTY)

Kursus Pelaksanaan Ketidakpastian Pengukuran (Measurement Uncertainty)

Kursus ini menyediakan pengenalan yang mudah untuk difahami berkaitan prinsip analisis Ketidakpastian Pengukuran. Ini adalah daripada panduan ISO untuk ungkapan ketidakpastian dalam pengukuran (GUM) yang digunakan oleh ISO/IEC 17025:2005. 

Kursus ini berfoklujs kepada bidang pengukuran dan pengujuan bagi pengiraan secara kuantitatif ralat-ralat yang berlaku. 

Selain itu, ketidakpastian menggabungkan semua ralat yang diketahui menjadi suatu ralat tunggal. Sumber-sumber ketidakpastian adalah sampling penyediaan contoh, kalibrasi peralatan, instrumen, kesalahan random, kesalahan sistematik dan kesalahan peribadi.

    1. Bagi meningkatkan kepakaran dan kemahiran kumpulan Pengurusan UniMAP Testing Laboratory (UTL) dalam ketidakpastian pengukuran.
    2. Bagi menyediakan garis panduan kepada kumpulan Pengurusan UniMAP Testing Laboratory (UTL) untuk ketidakpastian pengukuran.
    3. Bagi memberi pengetahuan kepada kumpulan Pengurusan UniMAP Testing Laboratory (UTL) tentang pengukuran yang lebih tepat dan berkesan mengikut keperluan SAMM MS ISO/IEC 17025:2017
    4. Sebagai persediaan Audit Dalaman SAMM dan juga Audit Pemantauan SAMM daripada Jabatan Standard Malaysia (DSM)
  • Terbuka kepada semua pengendali makmal akreditasi ISO/IEC 17025, staf teknikal dan staf akademik
  • Encik Wan Mohd Rafi Bin Mohd Hussin