Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT)

Keperluan Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT)

Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) ialah kumpulan individu terlatih yang ditugaskan untuk bertindak balas terhadap situasi kecemasan dan memberikan bantuan segera kepada mereka yang terjejas. Kepentingan ERT tidak boleh dipertikaikan, kerana ia memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan individu semasa krisis.

Struktur Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT)

ERT Peringkat Zon di UniMAP.

Carta Organisasi ERT Peringkat PTj.

Peranan & Tanggungjawab ERT

    1. Bertanggungjawab terhadap keselamatan staf, pelajar, kontraktor dan pelawat serta persekitaran tempat kerja.
    2. Menggerakan organisasi apabila berlaku kecemasan.
    3. Mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan.
    4. Menerima laporan head count daripada ketua blok/ penolong pegawai insiden dan melaporkan kepada pihak Bomba.
    5. Memaklumkan kepada COSHE, JP, JKes dan agensi berkaitan (Bomba dan Hospital) semasa berlaku kecemasan.
    6. Mengarahkan penghuni memasuki semula bangunan setelah mendapat pandangan/ nasihat dari agensi berkaitan.
    7. Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan dan Laporan Keselamatan Kebakaran bagi bangunan/ zon terlibat.
    8. Menyediakan laporan bagi TTX dan latihan pengungsian bangunan serta memaklumkan penambahbaikan kepada pasukan ERT.
    9. Memaklumkan ketiadaan kepada penolong pegawai insiden sekiranya berlaku sebarang tindakan kecemasan.
    1. Membantu merancang dan melaksanakan kursus atau latihan kesedaran kebakaran.
    2. Menyelaras prosedur dan info keselamatan kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan.
    3. Membantu menggerakan organisasi apabila berlaku kecemasan.
    4. Membantu mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan.
    5. Membantu menyediakan maklumat bagi Pelan Tindakan Kecemasan, Laporan Keselamatan Kebakaran, laporan TTX dan latihan pengungsian bangunan.
    6. Menyediakan kawalan komunikasi bagi merekodkan data-data yang diperlukan.
    7. Menjalankan peranan sebagai komander insiden sekiranya ketiadaan komander insiden semasa berlaku kecemasan.
    1. Mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan.
    2. Memadamkan kebakaran sekiranya kecil dan tidak merbahaya menggunakan peralatan melawan kebakaran sedia ada.
    3. Membantu menyelamatkan penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan ke tempat berkumpul.
    4. Memastikan tiada penghuni yang terperangkap di dalam lif semasa kejadian kecemasan.
    5. Membantu agensi luar yang berkaitan dalam mengendalikan situasi kecemasan.
    6. Menjalankan proses sanitasi di PTj.
    1. Memberikan rawatan/ bantuan awal kepada mangsa sebelum ketibaan pasukan perubatan.
    2. Membantu pihak pakar perubatan dalam bentuk kelengkapan kecemasan dan maklumat kecederaan mangsa.
    3. Melaporkan kepada komander insiden akan keadaan mangsa/ tempat kejadian.
    4. Membantu penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan ke tempat berkumpul.
    1. Memaklumkan dan membuat panggilan kecemasan kepada pegawai insiden, JKes dan PKU sekiranya berlaku kecemasan.
    2. Mengawal pergerakan lalu lintas staf, pelajar, kontraktor dan pelawat ke tempat berkumpul dengan selamat.
    3. Menutup laluan dan menghalang kenderaan keluar masuk semasa berlaku kecemasan.
    4. Memastikan laluan bebas dari halangan yang boleh menghalang akses kenderaan agensi berkaitan masuk ke lokasi kecemasan.
    5. Memandu arah pasukan ERT dan agensi luar untuk ke lokasi kecemasan.
    6. Mengawal keadaan sekitar lokasi kecemasan dan bangunan sebelum keadaan diisytiharkan selamat.
    1. Membuat penilaian hazad/ risiko yang terdapat di kawasan blok.
    2. Menyelaras senarai nama dan status kesihatan penghuni di blok.
    3. Mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan.
    4. Melaporkan kepada penolong pegawai insiden/ komander insiden mengenai kejadian kecemasan.
    5. Mengaktifkan penggera kebakaran.
    6. Memberi arahan pengungsian bangunan kepada semua ketua aras di blok terlibat.
    7. Membantu melakukan kawalan parameter dan trafik di blok.
    8. Menunggu di tempat berkumpul untuk penyusunan barisan mengikut aras.
    9. Memeriksa kehadiran penghuni di tempat berkumpul dengan melaksanakan head count dan memberi laporan lengkap kepada penolong pegawai insiden/ komander insiden.
    10. Menerima arahan “stand down” daripada komander insiden.
    11. Bersurai setelah mendapat arahan daripada komander insiden.
    12. Menyemak semula dan mengemaskini hazad, risiko, maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan selepas berlaku kecemasan.
    1. Mengenalpasti hazad/ risiko yang terdapat di aras blok.
    2. Mengemaskini senarai nama dan status kesihatan penghuni di aras blok.
    3. Memeriksa dan mengesahkan kejadian serta melaporkan situasi kepada ketua blok.
    4. Melaksanakan pengungsian bangunan setelah menerima pengumuman untuk mengarahkan penghuni keluar berhimpun ke tempat berkumpul.
    5. Memeriksa setiap bilik termasuk tandas, pantri supaya tiada penghuni yang cedera atau terperangkap.
    6. Menutup pintu keluar dan pintu rintangan api sebelum meninggalkan aras.
    7. Mengetuai penghuni aras ke tempat berkumpul yang ditetapkan mengikut blok masing-masing.
    8. Menerima arahan “stand down” daripada komander insiden.
    9. Bersurai setelah mendapat arahan lokasi kejadian selamat daripada komander insiden.
    10. Menyemak semula dan mengemaskini hazad, risiko, maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan selepas berlaku kecemasan.

Komander Insiden (Zon) UniMAP Sesi 2022-2024

Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) UniMAP bagi tahun 2022 - 2024.