Papan Tanda Kecemasan

Keperluan Papan Tanda Kecemasan

Papan tanda kecemasan berfungsi sebagai panduan dan medium dalam menyampaikan maklumat kepada penghuni premis terutama ketika berlaku kejadian kecemasan.

Jenis papan tanda yang perlu dipamerkan :

  1. Pelan Laluan Kecemasan
  2. Prosedur Tindakan Kecemasan 

a. Pelan Laluan Kecemasan

Pelan Laluan Kecemasan

Pelan laluan keluar hendaklah disediakan dan dikomunikasikan kepada semua staf, pelajar, kontraktor dan pelawat dengan meletakkan pelan tersebut di tempat yang strategik, mudah dilihat pada setiap aras bangunan.

Maklumat yang diperlukan:

  1. Anak panah berwarna hijau menunjukkan arah pengungsian ke pintu keluar.
  2. Lokasi pembaca “Anda di sini” dengan tanda titik merah dan ditunjukkan kedudukan pembaca.
  3. Kedudukan pintu keluar ke tangga keselamatan
  4. Kedudukan tempat berkumpul terdekat dengan bangunan
  5. Kedudukan alat pemadan api
  6. Kedudukan alat amaran kebakaran jenis Pecah Kaca
  7. Komander Insiden/Ketua aras dan Nombor telefon
  8. Nombor Talian Kecemasan

B. Prosedur Tindakan Kecemasan

Prosedur Tindakan Kecemasan hendaklah dipamerkan di tempat-tempat strategik dan mudah dilihat oleh setiap penghuni pada setiap bilik, aras bangunan dan di dalam lif.

Prosedur Tindakan Kecemasan telah dibangunkan berdasarkan 4 kampus/zon utama UniMAP:

  1. Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
  2. Kampus Kangar
  3. Kampus Padang Besar
  4. Zon Simpang Empat

i. Prosedur Tindakan Kecemasan Kampus Alam UniMAP Pauh Putra

Merangkumi kampus Alam UniMAP Pauh Putra dan Pusat Pengajian Jejawi II

ii. Prosedur Tindakan Kecemasan UniMAP Kampus Kangar

Merangkumi UniMAP kampus Kangar dan Pusat Pengajian Jejawi III

iii. Prosedur Tindakan Kecemasan UniMAP Kampus Padang Besar

Merangkumi UniMAP kampus UniCITI ALAM dan Institut Agroteknologi Lestari

iv. Prosedur Tindakan Kecemasan Zon Simpang Empat

Merangkumi Kolej Kediaman Kompleks Perumahan Tun Abdullah Ahmad Badawi